KONSERT One Love Music 2024 bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menampilkan 12 penyanyi bagi persembahan selama 12 jam.
Antara artis yang turut serta dalam konsert berkenaan adalah Kugiran Masdo, Bunkface, Hujan, Drama Band, 53 Universe, Insomniacks dan Gerhana Ska Cinta.
Bukan itu sahaja, penyanyi dari seberang iaitu Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil akan turut memeriahkan acara.

Aepul menjanjikan persembahan luar biasa buat peminat.





