PERTAMA kali mengerjakan umrah bersendirian, pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cemas apabila badannya terbelit dengan selendang yang dipakai jemaah lain selepas selesai berdoa di Multazam.
Gara-gara insiden tersebut, Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 43, berkata dia mengalami kesukaran bernafas sehingga menerima bantuan daripada beberapa jemaah lain.
“Pertama kali seorang diri nak pergi juga berdoa di Multazam. Bila dah selesai berdoa di Multazam makin cemas sebab Lala (panggilan namanya) kena belit dengan selendang perempuan India.

Wan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.





