Sukan

[VIDEO] Cetak gol tunggal bertemu Harimau Kumbang, Ubai mahu Sang Penyu lebih agresif, berani

TERENGGANU FC (TFC) perlu tampil lebih berani selepas rehat antarabangsa jika mereka ingin memberi cabaran dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

Selepas menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Terengganu pada Jumaat lalu, pemain pertahanan tengah, Ubaidullah Shamsul Fazili menggesa rakan sepasukannya untuk memperbaiki prestasi dalam perlawanan yang akan datang.

Ubaidullah menjadi watak penting buat Sang Penyu dalam perlawanan menentang Harimau Kumbang selepas menjaringkan gol tunggal pada minit ke-27, sekali gus menamatkan rekod enam perlawanan tanpa kemenangan Terengganu dalam Liga Super.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh