PERAK FC meluahkan rasa syukur mereka terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) atas pelawaan untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri di Johor sebagai venue perlawanan Liga Super pada Ahad ini.
Ucapan terima kasih itu dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, sambil berkongsi bahawa lampu limpah di Stadium Manjung tidak melepasi piawaian minimum serta berisiko tinggi jika berlaku hujan lebat menjadi faktor venue terpaksa diubah.
Menerusi kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), SSI secara rasminya dipilih sebagai venue aksi tertunda Liga Super 2024/2025 yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Ahad ini.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.







