Sukan

Bekas bintang EPL dicanang sertai Kelana Jaya selepas diswastakan

WALAUPUN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa tiada istilah bercerai antara Harimau Malaya dengan badan induk berkenaan, namun suara-suara mengenai penswastaan skuad kebangsaan masih didengari.

Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM iaitu Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, skuad Harimau Malaya tidak akan diswastakan, namun diletakkan di bawah unit khas badan induk bola sepak negara itu.

Beliau berkata, unit baharu itu akan bertanggungjawab memantau dan mengendalikan skuad Harimau Malaya dan Bawah 23 Tahun (B-23) termasuklah membabitkan peruntukan kewangan serta barisan kejurulatihan pasukan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.