PERTEMBUNGAN Liga Super antara Sri Pahang FC dan Kuching City FC di Stadium Temerloh, Pahang pada Sabtu terpaksa ditunda berikutan keadaan padang yang berlecak selepas 30 minit perlawanan berlangsung.
Skuad Tok Gajah yang ketika itu ketinggalan sudah tentu berpuas hati dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang berasakan permukaan padang tidak sesuai bagi meneruskan aksi berkenaan.
Namun, penyokong sudah tentu berasa berang akan penangguhan itu memandangkan badan pengelola liga tersebut tidak membuat pengumuman awal walaupun telah memantau keadaan selama beberapa jam.







