TINDAKAN kumpulan penyokong Ultras Malaya yang memboikot aksi Pestabola Merdeka pada September lalu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
Sesetengah daripada mereka melihat tindakan itu adalah wajar demi membuka mata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sementara ada yang berasakan keputusan berkenaan hanya mematahkan semangat pemain.
Meskipun perkara itu sudah berlalu, bahang daripada tindakan mereka masih dirasai menjelang perlawanan persahabatan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 November depan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Dia yang juga dikenali sebagai Rambo sememangnya dikenali dalam kalangan pengikut setia bola sepak tanah air, lebih-lebih lagi daripada kumpulan UltraSel yang merupakan penyokong tegar Selangor FC.
Meskipun tidaklah begitu dikenali, dia sering meluahkan rasa kurang senang terhadap situasi semasa sukan berkenaan dengan ia sememangnya diharapkan ketika ini.
Jelasnya, tindakan memboikot ketika Sukan SEA 2017 membuahkan hasil kerana ketika ini, proses penjualan tiket lebih teratur selepas pengenalan transaksi secara atas talian.
“Bagi saya, keputusan ketika itu sesuatu yang perlu untuk mengubah sesuatu yang sering diperkatakan, namun tidak mempunyai perubahan. Jadi, kita memberi satu impak yang diberi semasa perkara tersebut hangat dibincangkan.
Ultras Malaya pernah melakukan tindakan sedemikian beberapa tahun lalu. — Facebook/Ultras Malaya
“Sekiranya tindakan itu menimbulkan kekecohan, orang atasan yang saya lihat tidak mahu berasa malu, mereka akan lakukan apa yang orang ramai mahukan,” katanya.
Semasa Pestabola Merdeka, Ultras Malaya memilih untuk tidak hadir dengan beberapa tuntunan seperti meminta rombakan FAM yang tidak lagi menunjukkan sikap kompetitif.
Di samping itu, mereka mahu pihak bertanggungjawab supaya segera menyelesaikan isu serangan asid terhadap pemain negara, Faisal Halim yang terus tidak terjawab sehingga hari ini.
Jika perubahan dapat disaksikan dalam masa terdekat, ini sedikit sebanyak menceritakan tindakan memboikot itu wajar meskipun pahit untuk ditelan pada awalnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram