PENGARAH Chong Keat Aun sekali lagi mencipta sejarah tersendiri menerusi filem terbaharunya di peringkat antarabangsa.
Filem arahan terbaharunya berjudul Pavane For An Infant berentap di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-37 (TIFF) menerusi kategori Asian Future.
Pavane For An Infant adalah satu-satunya produksi dari Malaysia yang bertanding di festival berkenaan tahun ini dan kategori tersebut menghimpunkan semua pembikin filem dari negara Asia.







