Sukan

Syafiq Ahmad terlepas aksi bertemu Sabah?

KEM Kedah Darul Aman (KDA) FC dijangka terlepas khidmat penyerang sensasi mereka, Syafiq Ahmad dalam perlawanan menentang Sabah FC bagi saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Kehilangan Syafiq mula meniti di bibir penyokong Sang Kenari apabila kelibatnya tidak kelihatan pada hantaran foto-foto sesi latihan dan perjalanan mereka ke Sabah yang dimuat naik olah media sosial rasmi KDA FC.

Bukan itu sahaja, pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga dilihat berkongsi gambar puteranya iaitu Muhammad Afeef Saqeef yang kelihatan sedang berada di wad hospital.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.