Sukan

Aura TFC masih kuat, Faisal Halim dan bekas bek import tak lupa ucap hari jadi ‘Pep Malaysia’

BUKAN hanya cemerlang sebagai pakar taktikal, malah jurulatih kelahiran Kelantan, Nafuzi Zain turut dikenali sebagai pengendali yang mudah didekati oleh anak-anak buahnya dan orang sekeliling.

Keperibadian pengendali berusia 46 tahun berkenaan dapat dilihat apabila kebanyakan bekas anak didiknya masih terus berhubung dengan Nafuzi walaupun sudah tidak bergelar sebagai pemainnya.

Ia dapat dibuktikan apabila baru-baru ini menyaksikan bekas pemainnya di Terengganu FC (TFC) seperti pemain kebangsaan negara, Faisal Halim dan bekas bek import Sang Penyu iaitu Pape Diakite antara yang menitip ucapan hari jadi kepada Nafuzi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh