PEMAIN beregu wanita negara, Thinaah Muralitharan berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dari Open University Malaysia (OUM) pada Sabtu.
Sebagai mengiktiraf prestasi cemerlangnya dalam sukan dan pernah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik, Thinaah turut dianugerahkan anugerah ikon sukan semasa konvokesyen ke-28 OUM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Anugerah ikon sukan khas universiti itu mengiktiraf pelajar yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang sukan di samping cemerlang dalam akademik.






