PELAKON Alif Hadi mendedahkan dia pernah melangsungkan perkahwinan di awal usia 20-an namun bercerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Alif atau Muhammad Alif Abdul Hadi, 36, berkata, dia sebelum ini tidak pernah bercerita mengenai perkahwinannya itu kerana bekas isterinya berasal daripada keluarga berpengaruh dan enggan menjadi buah mulut orang.
“Ramai orang tak tahu sebab saya tidak mahu timbul masalah ‘ain’ atau orang bercerita mengenainya.







