SEORANG pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) bertindak melarikan diri selepas merempuh penunggang basikal di persimpangan lampu isyarat di Puchong, Selangor pada 27 September lalu.
Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial sejak Sabtu, pemandu tersebut dilihat memecut laju di ketika lampu isyarat merah.
Pemandu itu kemudiannya melanggar penunggang basikal yang datang dari arah kiri secara tiba-tiba. Malah, suspek juga tidak memberhentikan kenderaan sebelum melarikan diri.