ARENA bola sepak tempatan dikejutkan sebelum ini dengan penubuhan sebuah kelab bernama Carabat FC yang ditunjangi oleh pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad.
Penubuhan kelab itu terus meraih tumpuan meluas pengikut bola sepak tempatan ditambah dengan populariti Sharnaaz sebagai seorang anak seni.
Menurut Sharnaaz, dia menubuhkan kelab tersebut bersama-sama beberapa rakan yang lain dan masih lagi ‘hijau’ dalam bola sepak.






