ATLET muda kelahiran Perlis, Amsyar Sirhan Abdullah mempertahankan kejuaraan apabila bergelar juara remaja dunia buat kali kedua berturut-turut di Kejuaraan Woodball Piala Dunia 2024 di Shaoxing, China baru-baru ini.
Kejohanan yang berlangsung pada 14 hingga 20 Oktober 2024 itu bagaimanapun tidak berjalan dengan lancar apabila penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis berkenaan berdepan cabaran hebat dalam mempertahankan kejuaraannya.
Ujian terhebat buat Amsyar Sirhan apabila atlet berusia 18 tahun berkenaan terpaksa berkongsi mata bersama pencabar terhebatnya dari Chinese Taipei semasa ‘gate’ terakhir di perlawanan ketiga.






