KEDAH Darul Aman (KDA) FC menamatkan penantian lima perlawanan untuk merekodkan kemenangan dalam Liga Super apabila mereka menundukkan Terengganu FC di laman sendiri pada Jumaat.
Gol tunggal daripada Cleylton pada masa tambahan babak pertama sudah cukup untuk memastikan tiga mata milik skuad Sang Kenari yang melangkah ke kedudukan kesembilan.
Keputusan itu juga sudah tentu membawa kegembiraan buat penyokong Hijau Kuning yang sudah lama khuatir akan kebajikan pemain berikutan isu tunggakan gaji sejak awal musim lalu.







