PENYANYI Imran Ajmain berjaya menurunkan berat badan sebanyak 33 kilogram dalam tempoh dua tahun.
Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 43, berkata, perkara itu dapat dicapai selepas dia berhenti mengambil minuman bergula dan mengawal makan makanan yang tidak sihat.
“Saya berjaya turunkan berat sebanyak 33 kilogram dalam tempoh dua tahun dengan cara potong (berhenti) gula dalam minuman (walaupun ada kala menipu juga).

Imran berkongsi perkara itu menerusi ciapan di aplikasi X miliknya.





