JIKA dibandingkan dengan suasana di luar negara khususnya pasaran Eropah, arena bola sepak wanita di rantau Asia Tenggara masih kurang mendapat perhatian secukupnya daripada para penyokong.
Sekali pun nama mereka tiba-tiba meniti di bibir para penyokong domestik, pasti kisah kejayaan mendapatkan trofi atau menang ke atas kuasa besar bola sepak menjadi sorotan utama.
Misalnya, baru-baru ini skuad bola sepak wanita Sabah melakar sejarah sebagai pasukan bola sepak wanita pertama negara berjaya ke kejohanan antarabangsa iaitu Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL).





