SELEPAS kontrak ditamatkan pada penghujung musim ini, legenda jurulatih Manchester United (Man United), Sir Alex Ferguson dilarang memasuki bilik persalinan yang merupakan tradisi pasukan itu sejak era Sir Matt Busby.
Ferguson juga tidak dibenarkan memasuki kawasan yang dianggap sebagai ‘tempat suci’ itu berikutan berlaku penamatan kontrak itu.
Berdasarkan laporan agensi, Man United bagaimanapun menafikan dakwaan pihaknya mengharamkan Ferguson secara langsung ke bilik persalinan, tetapi mengatakan bahawa kini terdapat konflik persefahaman antara mereka.





