PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejuaraan Super 750 kali ini selepas mengalami kecederaan buku lali.
“Selepas tiba di Odense pada Ahad, harapan dan perancangan untuk melihat kelibat Lee Zii Jia beraksi di Terbuka Denmark 2024 masih menyala, biarpun mengalami kecederaan buku lali semasa aksi suku akhir Terbuka Artik.
“Zii Jia turun ke gelanggang Isnin tetapi ketidakselesaan di bahagian buku lali menghalangnya untuk menampilkan permainan berkualiti.





