IMPIAN mendirikan rumah tangga bersama aktres Yasmin Hani terlebur apabila pelakon Alif Hadi mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir dua bulan lalu.
Bagaimanapun Alif atau Muhammad Alif Abdul Hadi, 36, enggan mendedahkan punca perpisahan mereka selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.
“Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab tak elok untuk diuar-uarkan.







