KEMBALI membalas kenyataan yang dikeluarkan syarikat pengurusan, penyanyi Hasif Upin akur sekiranya dia dikenakan tindakan undang-undang.
Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, juga memberitahu dia bakal mengeluarkan kenyataan bagi menjawab segala persoalan berkaitan kemelut dengan syarikat Armani Entertainment.
“Kalau nak ambil tindakan undang-undang saya reda. Saya memang tiada apa-apa sebab saya anak yatim piatu.

Luahan Hasif di Instagram.






