PEMAIN beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Ramsani meneruskan rentak cemerlang dalam Terbuka Artik dengan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Mereka yang berada di kedudukan kelapan dunia berjaya menundukkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto 23-21, 22-20 dalam aksi yang berlangsung selama 73 minit pada Jumaat.
Kejayaan melangkah ke peringkat terbabit akan menyaksikan mereka berdepan sama ada beregu no 1 dunia, Liang Weikeng-Wang Chang dari China atau sebuah lagi pasangan tanah air, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.





