SEJAK kisah penceraian heboh diperkatakan di media sosial, nama pelakon Fattah Amin mula menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Terbaharu, wajah pelakon filem KL Special Force itu dikatakan seiras seperti penyanyi popular Korea Selatan iaitu Jungkook BTS.
Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, peminat membandingkan wajah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dan Jungkook, sekali gus memperlihatkan persamaan paras rupa yang dimiliki mereka.
Netizen berpendapat wajah Fattah seiras Jungkook.