PELAKON dan pengacara Shamsul Ghau Ghau memuji pendekatan mengunci mulut Fattah Amin selepas sah bercerai Isnin lalu.
Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, menyifatkan tindakan berkenaan sebagai bijak dan sepatutnya menjadi contoh buat para lelaki di luar sana.
“Saya puji Fattah sebab dia tak ada komen apa-apa. Kalau pihak satu lagi bising… biar dia bising dulu, satu hari kebenaran akan terungkai.

Shamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland.






