RAMAI mungkin tidak mengetahui pelakon hebat Fauziah Ahmad Daud pernah membawa diri ke kota London hanya disebabkan putus cinta.
Fauziah atau mesra disapa Ogy, 62, berkata, dia membawa diri selepas hubungan cintanya bersama seorang pemuda tidak menjadi selain terpaksa berdepan pelbagai cabaran sehingga mengambil keputusan membawa diri.
Tidak hanya itu, Ogy memberitahu dia juga pernah disekat untuk menerima sebarang tawaran berlakon selama empat tahun ketika itu gara-gara kisah percintaannya itu.

Ogy bawa diri ke London kerana kecewa.






