PELAKON Mona Allen tampil membidas tuduhan seorang pengikut media sosial melabel suaminya iaitu aktor Pekin Ibrahim sebagai batu api apabila cuba masuk campur dalam hal rakan artis lain.
Jelas Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 39, apa diperkatakan Pekin tentang pelakon Fattah Amin bukanlah sesuatu yang buruk dan sekadar berkongsi pandangan peribadi.
“Apa yang batu api? Bukankah dalam Islam kita harus berkata yang baik-baik sahaja. Apa yang suami saya katakan tentang Fattah, adakah satu penghinaan?

Mona balas kenyataan seorang pengikut media sosial.






