PELAKON dan penyanyi Azza Elite kesal dengan tindakan pekerjanya mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan.
Terkilan amanah itu dikhianati, Azza atau Noor Azzarima Zawari, 47, berkata dia sama sekali tidak menyangka pekerjanya itu tergamak melakukan perbuatan tersebut.
“Sampai hati dia (pekerja). Saya bukan main baik dengan dia, sekali dia ambil duit saya. Pekerja lain cakap saya tenang sahaja tetapi tidak sebenarnya. Saya menangis juga.







