TERKENAL dengan gelaran ‘Mowgli Malaysia’, Muhammad Syukur Khamis kini membuka sebuah bengkel motosikal di rumahnya dekat Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu, Terengganu.
Berjaya menamatkan kursus Teknologi Motosikal selama enam bulan di GIATMARA Hulu Terengganu, Terengganu, remaja berusia 19 tahun itu difahamkan baru selesai menyertai pertandingan servis motosikal di sebuah Ekspo TVET@KKDW yang diadakan di Melaka baru-baru ini.
Berkemahiran membaiki motosikal, Syukur meneruskan legasi perniagaan keluarganya dan kini merupakan seorang mekanik di bengkel yang terletak di Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu.