PERKONGSIAN video memasak Datin Atikah Suhaime mencuri perhatian ramai apabila pelakon berkenaan mendedahkan resipi nasi goreng ringkas ibunya kini menjadi menu kegemaran keluarga mentua.
Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata, resepi nasi goreng itu sering dimasak oleh ibunya sewaktu mereka hidup susah satu ketika dahulu.
Namun aktres berkenaan tidak menyangka masakannya itu kini digemari oleh bapa mentuanya.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Nasi goreng ini ada kisah silamnya. Dulu keluarga saya masa susah hari-hari mama Tika (panggilan Atikah) buat nasi goreng tapi tak pakai daginglah, setakat ikan bilis sahaja.
Atiqah dan suami sedang menghitung hari menimang cahaya mata pertama.
“Kadang-kadang Tika teringin makan masakkan mama, jadi buatlah nasi goreng ala mama Tika masak. Papa mentua Tika terbau nasi goreng itu dia akan minta.
“Tika cakaplah ini masakan orang miskin sahaja, biasa-biasa, pandai makan ke? Sejak hari itu resipi nasi goreng ini sangat popular di rumah mentua,” katanya.
Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Atikah memberitahu suaminya iaitu Datuk Lokman Teh mengidam untuk makan nasi goreng yang dimasak olehnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mual cium bau bawang putih, peminat syak Atikah Suhaime sedang berbadan dua
ARTIKEL BERKAITAN: Terasa kerdil bawa gelaran Datin, Atikah Suhaime sedang biasakan diri… “Kalau kawan-kawan tak payah panggil”
Kata Atikah, di sebalik kisah nasi goreng ini juga membuatkan bapanya tidak lagi menikmati makanan tersebut kerana akan teringat kehidupan susah mereka dahulu.
“Kali ini bukan saya mengidam tetapi suami yang nak makan nasi goreng. Dia cakap siap mimpi lagi nak makan nasi goreng masakan saya.
“Ironinya keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ini sebab trauma waktu susah dulu.
“Jadi itulah kisah nasi goreng resipi mama Tika ini. Alhamdulillah Tika bersyukur dengan rezeki yang Allah beri sekarang ini,” ujarnya.
Ironinya keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ini sebab trauma waktu susah dulu.
ATIKAH SUHAIME
PELAKON
Tidak pernah lupa asal usul yang bukan dilahirkan dalam keluarga berada, pelakon filem My Stupid Boss ini turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya sentiasa bersedekah.
Kongsinya, meskipun keluarga mentuanya hidup senang dia tetap memberikan wang belanja dan sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki.
“Untuk pastikan rezeki tak putus, jangan lupa sedekah walaupun RM2 sekali pun kepada yang memerlukan. Jangan pernah kedekut pada mak ayah sendiri.
“Walaupun keluarga mentua kaya, Tika masih beri sedikit duit, belanja makan atau apa sahaja.
Atikah tidak pernah melupakan asal usulnya daripada keluarga susah.
“Selepas itu jangan lupa doa setiap kali lepas solat walaupun kita sibuk bekerja. Alhamdulillah bila Tika buat amalan ini rezeki belum pernah putus,” katanya.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada Januari lalu.
Pada September lalu, perkongsian video mukbang Atikah menarik perhatian ramai sehingga timbul spekulasi pelakon berkenaan itu sedang berbadan dua.
Kini Atikah tidak lagi merahsiakan kandungannya itu namun tidak pula mendedahkan butiran kehamilan secara terperinci.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!