PENYANYI As’ad Motawh mencuri tumpuan netizen apabila bermurah hati mengeluarkan wang sebanyak RM1,000 bagi tujuan sedekah di sebuah pasar raya di Kepong, Kuala Lumpur.
Jelas As’ad atau As’ad Ahmad Mohammad Motawh, 23, tujuan dia berbuat demikian kerana mahu memberi kejutan kepada golongan wanita bergelar ibu membeli susu buat anak-anak mereka.
“Saya ada sembunyikan wang keseluruhan RM1,000 di Lotus, Kepong di bahagian susu bayi untuk memberi kejutan kepada ibu-ibu di luar sana,” katanya.
As’ad selit beberapa keping duit pada tin dan kotak susu bayi.