PERNAH merasai kehilangan haiwan peliharaan membuatkan pelakon Siti Khadijah tidak mahu lagi memelihara kucing kerana bimbang detik sedih itu berulang kembali.
Berkongsi pengalamannya itu, Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, berkata dia tidak mampu menahan sebak apabila melihat haiwan peliharaannya pergi buat selamanya di depan mata.
“Pertama kali saya lihat kucing pergi depan mata. Kalau boleh waktu itu saya mahu jadi hati kering tak nak rasa apa-apa. Itu baru haiwan peliharaan, belum lagi kita kehilangan orang tersayang.







