Sukan

Malukan kelab China, Arif Aiman atasi CR7 siap bantu JDT kaut RM400,000

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan kelas berbeza apabila tidak mempunyai masalah menewaskan Shanghai Shenhua FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menang 3-0 ke atas kelab China itu pada Selasa.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim dekat Iskandar Puteri, Johor, pasukan dengan jolokan Harimau Selatan itu meraih kemenangan menerusi jaringan gol dari Arif Aiman Hanapi, Jorge Obregon dan Juan Muniz.

Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio melonjak ke tangga kedua Zon Timur selepas mengumpul empat mata di belakang pendahulu kelab Liga 1 Korea, Gwangju FC yang mengutip enam mata.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.