SELEPAS tujuh tahun hidup menduda, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun berkata dia tidak pernah berasa fobia untuk mendirikan rumah tangga lagi.
Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun, 40, berkata dia tidak mahu lagi memikirkan tentang perkara yang sudah berlalu dan meluahkan rasa gembira melihat bekas isterinya iaitu usahawan Joy Revfa kini sudah berkahwin baharu.
“Nak kata saya fobia untuk berkahwin tidak juga tetapi orang masih menganggap seperti penceraian saya itu baru sahaja terjadi, sedangkan ia sudah tujuh tahun berlalu.

Hafiz mahu memberikan fokus terhadap kerjaya nyanyian.






