PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak berkecil hati apabila kisah peribadinya dijadikan bahan jenaka oleh rakan pasukan sendiri ketika tampil membuat persembahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Bagi Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, apa yang persembahkan itu tidak berlebihan sehingga menimbulkan sensitiviti mana-mana pihak.
“Rasanya ia tidak berlebihan. Saya okay sahaja sebab ia lawak dan buat orang ketawa.

Puteri Sarah bersama Mamak Puteh (kiri) dan Ilham dalam kumpulan Gebu.






