Sukan

Sabah tak main-main demi AWCL, labur wang sambar Pemain Muda Terbaik Liga Jepun

PASUKAN bola sepak Sabah mencipta sejarah baharu apabila layak ke saingan utama peringkat kelab di Asia iaitu AFC Women’s Champions League (AWCL) musim 2024-2025 buat kali pertama.

Kejayaan itu diperolehi selepas Sabah berhasil mencatat kemenangan 2-1 ke atas kelab Uzbekistan, PFC Nasaf dan sebelumnya merekodkan keputusan seri tanpa jaringan menentang kelab dari Nepal, APF FC pada Ogos lalu.

Kini, Sabah tampak sedang melakukan persediaan rapi membentuk pasukan yang lebih baik bagi aksi getir menentang Wuhan Jiangda (China), Incheon Red Angels dari Korea serta Al Nassr (Arab Saudi) atau Abu Dhabi (UAE) bagi saingan Kumpulan A.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh