PEMBABITAN sulung dalam filem Indonesia berjudul Lembayung telah membuka lebih banyak peluang buat pelakon Anna Jobling apabila dia menerima tiga tawaran daripada produksi di negara berkenaan.
Mula berulang-alik Kuala Lumpur dan Jakarta, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, melihat perkara itu sebagai langkah baik untuk dia terus mengembangkan kerjaya seni di peringkat antarabangsa.
“Tidak menyangka akan menerima tawaran filem daripada tiga produksi berbeza di Indonesia. Ini adalah peluang besar untuk saya kembangkan bakat dan karier.
Anna diterima baik dalam kalangan peminat.