SEORANG bayi yang baru sahaja berusia dua hari didakwa meninggal dunia atas sebab kecuaian staf sebuah hospital yang terletak di Terengganu baru-baru ini.
Menerusi hantaran di laman X, seorang lelaki, Rushashraf mendedahkan tentang kes adiknya yang menghidapi penyakit Streptokokus Kumpulan B (GBS) dan Gestational diabetes mellitus (GDM) sewaktu mengandungkan bayi sulung.
“Pada 14 September sekitar pukul 7.30 malam, adik saya ke hospital D***** untuk pemeriksaan. Beliau sudah memaklumkan kepada doktor tentang keadaan GBS dan GDM. Doktor membenarkan beliau untuk pulang ke rumah.” katanya.