RUMAH Produksi Merah milik vokalis Wings iaitu Datuk Awie bakal menghimpunkan kumpulan rock tanah air menerusi acara Rock Warrior Music Festival pada 23 dan 24 November depan.
Bakal menampilkan kumpulan rock terkemuka iaitu Wings, Search (Kid dan Din) serta XPDC, festival ini menjanjikan pengalaman tiada tandingan kepada semua peminat genre berkenaan.
Menurut Awie, penganjuran festival ini adalah salah satu usahanya untuk menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock dengan menyatukan generasi lama dan baharu.

Festival ini turut menampilkan kumpulan XPDC.






