KEJAYAAN pemain beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaa meraih kejuaraan di Terbuka Hong Kong merupakan hadiah terbaik sempena Hari Malaysia.
Perkara itu disuarakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi catatan di laman Facebook rasminya pada Ahad.
“Syabas dan tahniah kepada pasukan beregu wanita badminton negara, Pearly Tan-M Thinaah kerana telah berjaya memenangi juara Hong Kong Terbuka 2024.





