POLIS Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat mengesahkan seramai 13 kanak-kanak yang tinggal di rumah amal yang ada kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) pernah diliwat.
Ia susulan serbuan ‘Ops Global’ di 20 buah rumah kanak-kanak di seluruh Selangor dan Negeri Sembilan pada Rabu lalu yang berjaya menemukan seramai 402 kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penganiayaan di premis milik GISBH.
Ekoran tangkapan dibuat, sebahagian besar masyarakat kini sedang menjalankan boikot besar-besaran terhadap rangkaian premis milik GISBH yang dikatakan bersubahat dalam kes tersebut.