SUDAH tiga kali bergandingan bersama Ezaidi Aziz, aktres Bella Astillah berkata dia meletakkan batas ketika di set penggambaran agar tidak wujud perasaan di antara pelakon.
Menurut Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia berbuat demikian kerana tidak menafikan ikatan hubungan antara pelakon menjadi lebih akrab sekiranya mereka bekerjasama dalam jangka masa panjang.
“Saya rasa apabila menjadi seorang pelakon, perasaan hormat itu paling penting kerana apabila berada di set penggambaran perlu ada batas terutamanya antara perempuan dan lelaki.







