TREND segelintir agamawan mewujudkan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengutip derma patut dihentikan dengan segera.
Penceramah motivasi Amin Idris, 43, sebaliknya menasihatkan agar golongan ini tampil dengan perniagaan sebenar dan bukan semata-mata mengharapkan kutipan derma dan mengambil komisyen daripadanya.
Jelas Amin, cara itu boleh mengelakkan fitnah terhadap agamawan yang dituduh ‘menunggang’ NGO dan agama demi kepentingan peribadi.