JENDELA perpindahan Liga Malaysia (Liga M) yang sedang berlangsung pada 26 Ogos sehingga 22 September 2024 membuka peluang buat pasukan Liga Super membawa masuk beberapa pemain baharu untuk menjadi tonik tambahan pada pusingan kedua.
Antara pasukan yang sudah memperkenalkan pemain baharu mereka ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Penang FC dan Selangor FC dengan kebanyakan pasukan memilih untuk merekrut bintang import.
Apabila ada pemain baharu yang didaftarkan, ia juga menutup ruang pemain lama mendapatkan minit permainan namun pada masa sama, ia sebenarnya peluang untuk mereka beraksi bersama pasukan lain.






