FINAL Kebangsaan Siri Golf Amatur Nasional Perodua (PNAGS) 2024 di Forest City, Johor yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad (8 dan 9 September) menyaksikan seramai 70 pemain golf amatur negara akan berentap.
Semua pemain berbakat yang menyertai kejohanan itu merupakan pemenang lima kategori dipertandingkan dalam beberapa siri kelayakan yang diadakan di seluruh negara sejak awal tahun ini.
Pengerusi Penganjur PNAGS 2024, Lokman Ishak berkata, semua peserta akan bersaing untuk memburu gelaran juara kebangsaan bagi lima kategori yang dipertandingkan iaitu medal A, B, C, D dan E.






