SATU masa dahulu, bola sepak Johor tidaklah berada pada tahap yang baik. Mereka sering dianggap pasukan pertengahan dan jarang sekali mencabar kejuaraan.
Namun begitu, satu detik yang mengubah bola sepak Johor berlaku pada 2012 apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan untuk mengambil alih revolusi sukan di negeri tersebut.
“Di kesempatan ini saya juga berjanji kepada anda semua iaitu saya akan buat apa sahaja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor,” kata TMJ pada 12 tahun lalu.






