ARTIKEL

Nanowhite, Pakar Pencerah Kulit Anda: Penyelesaian yang Dipertingkatkan dengan Ramuan dan Rumusan yang Lebih Berkesan

Tohtonku Sdn. Bhd. (Tohtonku), pengeluar dan pengedar produk penjagaan kulit Nanowhite yang popular, hari ini memperkenalkan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit yang dipertingkatkan dengan reka bentuk pembungkusan baharu dan ceria serta menawarkan pengguna penyelesaian yang lebih berkesan untuk memperoleh kulit yang lebih cerah dan berseri.

Rangkaian baharu yang dipertingkatkan ini terdiri daripada Spot Correction, Double Action dan Essentials menjadi penyelesaian paling berkesan setakat ini. Ia mencerahkan bintik gelap empat kali ganda lebih kuat dan mengandungi sehingga lima kali ganda bahan aktif untuk membantu membina pelindung kulit.

Produk No 1 Nanowhite, Spot Correction Advanced Serum kini dipertingkatkan dengan asid traneksamik, bahan yang tidak diketahui ramai yang boleh mengubah cara melanin dihasilkan dan membantu mengurangkan hiperpigmentasi. Tambahan pula serum ini telah dipertingkatkan dengan lebih 500 kali lebih kepekatan niacinamide dan dirumuskan dengan teknologi Nano-Encapsulation bagi membolehkan larutannya meresap sepuluh kali lebih jauh ke dalam kulit.

Ujian dermatologi yang dijalankan dengan serum pencerah bintik yang dipertingkatkan menunjukkan bahawa penggunaan larutan yang kerap boleh mengurangkan 27% bintik hitam dalam masa tujuh hari sahaja. Dirumuskan dengan 13 jenis bahan aktif pemutih kulit, rumusan inovatif ini juga membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit, menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Nanowhite Spot Correction Advanced Serum sangat berkesan apabila digunakan untuk mengurangkan bintik hitam yang disebabkan oleh penuaan, pendedahan matahari, jerawat dan keradangan.

Serum Double Action Intensive Nanowhite, larutan yang fokus untuk meningkatkan kelembapan keseluruhan, keserian dan kecerahan kulit, kini didatangkan dengan 5 kali ganda ceramida dan 5,000ppm prebiotik. Ceramide berfungsi untuk menghalang kemasukan kuman dan melindungi daripada kerosakan akibat persekitaran, manakala Prebiotik pula menyokong mikrobiom kulit, yang bertindak untuk meningkatkan keberkesanan ceramide dalam mengekalkan pelindung kulit yang sihat.

Konsentrasi Hyaluronic Acid dalam serum juga telah ditambah sebanyak 2000 kali ganda. Gabungan berkuasa ini memberi khasiat yang padu kepada kulit dari dalam, menggalakkan kesihatan kulit agar lebih berseri. Selain itu, ia meningkatkan keberkesanan serum dengan ketara, membolehkan ia menguatkan pelindung kulit dalam masa 3 hari sahaja.

“Kami komited untuk terus meningkatkan dan menambah baik produk kami bagi memenuhi permintaan dan jangkaan pengguna yang berubah-ubah terhadap penyelesaian penjagaan kulit mereka,” kata Ketua Pemasaran Tohtonku untuk Malaysia dan Singapura, Cecilia Lee, pada majlis pelancaran rangkaian produk Nanowhite yang dipertingkatkan yang baharu.

“Oleh itu, kami memperkenalkan Bright Magic Mix, dengan campuran bahan-bahan unik dan mujarab Nanowhite yang disesuaikan untuk menangani keperluan penjagaan kulit yang pelbagai. Setiap rumusan direka untuk menawarkan penyelesaian yang diperibadikan untuk mencapai kulit yang lebih cerah, sihat dan lebih lembap.” Lee berkata.

Lee juga menjelaskan bahawa Tohtonku menyedari keunikan kulit setiap individu yang berbeza. Hal ini ditonjolkan dalam pendekatan jenama yang menggunakan bahan aktif mujarab yang dikenal pasti melalui penyelidikan pengguna yang meluas. “Ini memastikan produk kami menyasarkan masalah khusus secara berkesan, memberikan hasil yang dapat dilihat dan melebihi jangkaan,” tambah Lee.

Sebagai tambahan kepada rumusan penjagaan kulit yang dipertingkatkan, penjagaan kulit Nanowhite terkini hadir dalam reka bentuk pembungkusan yang serba baharu dan ceria. Reka bentuk ini bertujuan untuk menarik minat semasa pengguna yang mencari maklumat yang jelas tentang produk, ramuannya dan hasil yang diinginkan sebelum membeli.

Rangkaian Nanowhite baharu telah dilancarkan dalam satu acara ringkas bersempena dengan jerayawara yang diadakan dari 9 hingga 14 Julai 2024 di IOI City Mall. Semasa jerayawara, pelawat boleh mendapatkan sampel, menikmati promosi istimewa, menganalisis kulit mereka, dan mengambil bahagian dalam permainan interaktif.

Rangkaian produk Nanowhite boleh dibeli di semua kedai Guardian di seluruh Malaysia, dan di kedai TikTok rasmi Nanowhite, dan e-kedai di Shopee dan Lazada.

0%