KETIKA sedang berdepan tuntutan cerai daripada isteri, personaliti media sosial Alif Teega dilihat tenang dengan memuat naik kata-kata positif di media sosial.
Alif atau atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, berkata, perasaan kecewa merupakan satu fitrah manusia, namun jika ia hadir dengan rasa ikhlas pastinya kehidupan seseorang itu akan lebih tenang.
“Kita perlu terima setiap rasa yang kita perlu lalui dalam hidup kita, kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia.

Alif tenang berkongsi kata-kata positif di IG.






