PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan bahawa persatuan itu tidak sepatutnya dipersalahkan atas pemergian bekas ketua jurulatih, Kim Pan-gon.
Menurutnya, pengendali dari Korea Selatan itu tidak bersikap jujur ketika menarik diri daripada jawatannya selain beberapa kali mendesak supaya kontraknya yang sepatutnya berakhir pada hujung 2025 dilepaskan.
“Saya mahu nyatakan bahawa FAM tidak sepatutnya perlu dipersalahkan. Selepas Pan-gon pulang dari bercuti tiga minggu sesudah aksi dengan Taiwan, Pan-gon secara tergesa-gesa berjumpa dengan saya dan minta kontraknya dilepaskan.






