SEORANG lelaki yang sedang membuat kerja baik pulih di sebuah rumah dekat Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak pada Rabu dikejutkan dengan penemuan mayat bayi yang ditanam di bahagian parkir bersimen kediaman terbabit.
Menurut laporan BH Online, penemuan mayat bayi yang belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai ditemukan dalam keadaan dibaluti sarung kira-kira pukul 11 pagi.
Difahamkan, ketika penemuan, lelaki terbabit sedang membuat kerja baik pulih di rumah berkenaan yang hendak disewanya.